Hablu MinAllah Wa Hablu MinanNas

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. bersyukur kepada Allah kerana pada hari ini kita masih diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Untuk entry kali ini saya nak kongsikan sedikit ilmu pengetahuan yang mana kadang-kadang kita lupa tentang benda ini. nak tau apa dia ? iaitu hablu minAllah hablu MinanNas. Tau tak ape maksudnya hablu minAllah hablu MinanNas? maksudnya Hubungan kita dengan Allah dan Hubungan kita dengan sesama manusia. Seperti yang kita tahu, kehidupan manusia ini bermacam ragam. Kadang-kadang ada manusia yang hanya menjaga hubungan mereka dengan Allah sahaja dengan mengabaikan hubungan dengan sesama manusia. Ada juga yang sebaliknya, mereka mengabaikan hubungan mereka dengan Allah tetapi mereka sibuk mencari reda manusia. Sebagai seorang muslim cemerlang, mereka perlu Ada kedua-dua perkara ini supaya mereka berjaya di dunia dan akhirat.Hablu minAllah Wa hablu MinanNas juga merupakan kunci kejayaan seseorang pelajar yang ingin berjaya di dalam kehidupan mereka. Selamat beramal. untuk diriku yang Alpa.

1 comment: