LET'S BE BRAVE

BERANI YANG POSITIF

Sebenarnya berani yang digalak dan disuruh ialah berani yang bersifat positif sahaja. Dengan kata lain, berani pada tempatnya dan mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan sesama manusia.

Sebagai contoh ialah berani hanya kepada yang disuruh Allah s.w.t Berani seperti ini adalah sikap mental yang mendorong sikap rajin dan berhati-hati, sebab dengan adanya sifat ini manusia akan merasa bahawa segala gerak gerinya hanyalah untuk mencari redha Allah dan sedar bahawa dia sentiasa dalam pengawasa-Nya.

Berani hanya kepada yang benar bermaksud takut melakukan yang salah dan maksiat. Sedangkan takut seperti ini adalah didorong oleh perasaan takut kepada Allah s.w.t Ibnu Qudamah Al-Maqdisi menerangkan bahawa takut kepada Allah mendorong untuk mengamalkan ilmu pengetahuan, dan untuk lebih banyak beramal, kerana ilmu dan amal itu sendiri akan dapat mendekatkan diri kita kepada Allah.

Perlu difahami bahawa yang dinamakan takut kepada Allah bukan takut kepada seksa-Nya, tetapi takut kepada Allah adalah bahawa Allah akan selalu mengawasi segala perbuatan hamba-hamba-Nya samada perbuatan baik atau buruk. Dengan demikian orang berkenaan tidak berani melakukan maksiat.

Begitu juga takut kepada seksa Allah bagi orang Sufi tidak berbeza dengan takut kepada Allah, kerana sama-sama dapat mendorong seseorang untuk memperbanyakkan amal ibadah yang diredhai Allah, dan dapat mencegah dari berbuat maksiat yang nantinya pada hari kiamat akan memperoleh balasan yang sesuai dengan apa yang diperbuatnya.

Wallahua'lam....

No comments:

Post a Comment