BERANI MENGUBAH KEBIASAAN BURUK


Assalamualaikum w.b.t. Sidang pembaca yang dikasihi ALLAH sekalian. Melakukan perubahan selalu ditentukan oleh usaha kita untuk meninggalkan kebiasaan lama yang buruk. Dalam pada itu, membentuk dan menghilangkan kebiasaan adalah persoalan yang tidak sederhana. Banyak keinginan berubah ke arah lebih baik gagal dicapai kerana gagal meninggalkan kebiasaan lama yang sudah tertanam begitu dalam.

Ramai diantara kita enggan berubah kerana sudah sangat terbiasa dengan keaadaan lama. Kita sukar menerima gagasan baru yang lebih baik setelah bertahun-tahun berada dalam keadaan tertentu. Penolakan kita untuk berubah kepada yang lebih baik didasarkan pada alasan "tidak biasa". Dengan cara pandang "tidak biasa", kita membuat batasan untuk diri sendiri yang tidak ingin kita lalui.

Kita menolak perubahan kerana tidak biasa dengan keadaan baru. Kita beralasan "Saya tidak biasa begitu; tidak biasa disiplin, tidak biasa berdikari, tidak biasa bertanggungjawab, tidak biasa ramah dan santun, tidak biasa menyimpan, tidak biasa cakap secara terbuka, tidak biasa bekerjasama dengan orang lain, dan ketidakbiasaan lainnya."

Bagaimana membuang kebiasaan lama yang buruk dan menggantinya dengan kebiasaan baru yang baik berkaitan dengan zon selamat dan rasa selesa. Apa yang telah terbiasa bagi kita dan telah lama kita lalui dan lakukan adalah zon selamat dan menimbulkan rasa selesa. Walaupun keadaan itu tidak ideal dan bukan merupakan pilihan terbaik, namun kita merasa aman dan nyaman berada di dalamnya.

Banyak pengemis yang tidak mahu berubah dan mencari pekerjaan yang lebih baik kerana sudah terbiasa dengan hal ini sekian lama. Sebahagian mereka sudah merasa selesa melakukan pekerjaan itu bahkan menganggapnya sebagai pekerjaan dan mata pencarian tetap.

Jiks melakukan perubahan , bererti kita mesti keluar daripada zon selamat dan rasa selesa. Berubah bererti memasuki wilayah baru di luar zon lama, yang sama sekali kita belum kita kenali. Berubah bererti berada dalam keadaan kita belum kita kuasai sehingga menimbulkan rasa tidak selamat. Berubah bererti memasuki dunia baru yang membuat kita kehilangan rasa selesa.

Keengganan untuk keluar dari zon selamat dan rasa selesa yang negatif adalah godaan berbentuk nikmat jangka pendek. Kita terlena dengan kesenangan yang tenang untuk sementara, tetapi menyengsarakan untuk selamanya. Godaan menipu dan sementara inilah yang kita sebut sebagai syahwat.

"SELAMAT MEMBACA"

No comments:

Post a Comment