Teknik Mudah Mengingat

Assalamualaikum w.b.t. Bertemu kita di dalam entry kali ini berkenaan dengan teknik mudah mengingat. Sebenarnya, di atas dunia ini terdapat pelbagai teknik yang berkesan untuk mengingati sesuatu perkara samada dalam akademik atau kehidupan harian. Bergantung pada diri kita untuk memilih yang mana satu teknik yang paling sesuai untuk diri kita. Cuma saya ingin berkongsi satu teknik yang selalu digunakan oleh saya sendiri setiap kali ingin mengulangkaji pelajaran atau penyediaan sebelum menghadapi peperiksaan. Ini dia Rahsia mudah mengingat iaitu Menulis (ceyt ingatkan apalah tadi -_-). Hahaha.. Betul.. tak tipu. Sebenarnya Menulis yang dimaksudkan oleh saya adalah menulis berulang kali sampai berpuluh puluh kali. Kalau nak power lagi upgrade sampai beratus - ratus. Mari ikuti Langkah teknik mudah mengingat dengan lebih Mendalam(xdelah nk dlm sgt.. malas aku nak type panjang XD):

1. Sediakan sehelai kertas A4 yang kosong, putih bersih lagi murni.
2. Lipatkan kertas A4 tersebut kepada 2 bahagian (x kisah nak lipat berapa pun, asalkan ade ruang/bahagian untuk menulis)
3. Pensil jangan lupa. Sebab Apa pensel? sebab senang nak padam dan tulis semula berulang kali)
4. Pemadam pun.
5. Tulis, Tulis, Tulis, Tulis, Tulis Tulis...... dan Tulis apa yang kita nak ingatkan/hafal tuh. XD
6. Sambil tulis sambil sebut apa yang ditulis (dalam masa yang sama telinga akan mendengar).

Ha.. itulah dia resepinya. Mesti mujarab punyalah. Yang penting kita konsisten dan melakukan berulang kali. sebenarnya kita akan menggunakan banyak anggota secara tidak langsung iaitu mata, telinga, tangan dan mulut. Bila semua anggota ni aktif, xdelah mengantuk sangat. tangan lagi taf adelah (haha.. k). Boleh follow jugak tips dari penceramah2 motivasi Yang hebat. Asalkan kita mempraktikannya. apa yang penting kawan2, Niat Biar kerana Allah, Usaha kena berganda, kena rasa Susah dahulu kalau nak rasa senang.

 SeMoga Bermanfaat :)

No comments:

Post a Comment