3 Aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Tahun 2020 penuh dengan dugaan dan cabaran. Tahun ini juga kita perlu berhadapan dengan satu wabak yang sangat menakutkan kita semua. Wabak Covid-19 sekarang ini sangat mengerunkan masyarakat dunia dengan angka yang semakin meningkat terutama sekali di Negara Itali. Sejarah berkaitan dengan wabak boleh dikatakan sebagai satu musuh yang paling menakutkan masyarakat dunia. Ketika ini kita menyaksikan sendiri wabak Covid-19 ini telah meragut banyak nyawa manusia.

Pada 18 Mac 2020, Majlis Keselamatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membantutkan penularan wabak Covid-19 ini. Ini merupakan suatu usaha yang patut dipuji dan dilaksanakan dengan serius oleh Rakyat Malaysia dalam membantu kerajaan untuk membantutkan penularan wabak covid-19 ini. Namun, sangat menyedihkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak begitu serius dalam hal ini. Mereka mengabaikan perintah kerajaan kerana mereka tidak cakna dan prihatin dengan orang sekeliling mereka. Di manakah rasa tanggungjawab kalian wahai rakyat yang masih berkeliaran di sana?

Walaubagaimanapun, penulis faham dan mengerti akan situasi segelintir masyarakat yang tidak boleh berdiam diri ketika berada di rumah masing-masing. oleh itu tujuan penulisan ini adalah untuk mencadangkan aktiviti yang menarik untuk kita sepanjan tempoh perintah kawalan pergerkan ini.

1.Menonton Televisyen/You Tube/Netflix
Sidang pembaca sekalian. Cuba lihat dekat sekeliling kita. Terdapat banyak teknologi yang kita tidak memanfaatkan sepenuhnya. Majorit masyarakat Malaysia pada harini masing-masing mempunyai internet berkelajuan tinggi di rumah. Penulis mencadangkan agar kita menggunakan teknologi ini dengan sebaik mungkin. Contonhya siaran televisyen ketika ini menawarkan rancangan pendidikan yang berilmiah sperti Discovery Channel, Tv Al-Hijrah, Astro Oasis bahkan penulis melihat rancangan Maharaja Lawak Mega ketika ini banyak memaparkan unsur pengajaran dan nilai-niali murni disamping memberi hiburan kepada Masyarakat.

Selain itu, kita boleh melayari you tube kerana di sini terdapat pelbagai segala jeni ilmu antaranya saluran Ajar yang dikendalikan oleh Saudar Haziq, Terlalu banyak input dan informasi yang dibawa oleh beliau. Cara penyamapain yang santai dan begitu mudah untuk difahami pasti membuatkan kita teringin untuk mebaca dan terus mengkaji sesuatu isu yang dibawa. Salah satu rancangan pendidikan yang mendapat pengiktirafan You Tube adalah rancangan ini. Rugi jika masyarakat tidak memanfaatkannya bersama keluarga.

Begitu juga dengan Netflix yang menawarkan pelbagai cerita yang menarik bagi mengisi masa lapang kita. Genre-genre boleh dipilih mengikut kesesuaian audiens. Selepas menonton rancangan di Netflix apa kata kita share Pengajaran dan Nilai murni yang terdapat di dalam rancangan tersebut di media sosial?

2. Membuat Live Streaming
Siapa kata membuat live streaming sekadar membuang masa? Tiada siapa yang yang mengatakannya jika kita menggunakannya dengan cara yang baik. Penulis sangat gemar melihat para gamers yang cuba membuat live Streaming untuk menghiburkan pengguna-pengguna media sosial. Lebih hebat mereka ini saling berkongsi tips dan juga nasihat kepada para-para penonton untuk meluangkan masa sambil menjana pendapatan melalui live streaming. Dari sudut pandangan positif, ada segelintir games yang menjara kita untuk mengatur strategi, berkomunikasi dengan orang luar menggunakan bahasa Inggeris, mendapatkan vocabulary baru di dalam game dan banyak lagi. Penulis tidak mengatakan game sebagai bahan yang terbaik buat anak muda sekarang ini tetapi kita boleh bertanyakan mereka perkara positi apa yang mereka peroleh sepanjang permainan yang dimainkan.

Tambahan pula, kita banyak melihat para penceramah bergiat aktif dalam melakukan aktiviti siaran langsung bersama dengan peminat-peminat dan followers mereka. Kita boleh lihat Ustaz Fakhrul UNIC, adik Farhatul Fairuzah, Ustaz Syed Kadir dan banyak lagi untuk dinayatakan. Mereka cuba menarik perhatian masayarakat dengan megisi masa lapang dengan ilmu-ilmu dan aktiviti yang menyeronokkan.

3. Mengemas Rumah
Apa yang sangat ditekankan di dalam agama Islam ialah soal menjaga kebersihan. Nabi Muhammad bersabda "Kebersihan itu sebahagian daripada Iman". Penulis melihat terlalu banyak hikmah yang diberikan Tuhan kepada kita sepanjangn Perintah Kawalan Pergerakan ini. Pada waktu yang lapang inilah kita disarankan untuk mengemas rumah dari segala kekotoran. Ini juga merupakan amalan yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh dan juga mental.

Kesimpulannya, tidak ada alasan untuk kita memperbanyakkan aktiviti di luar ketika ini. Penulis berharap rakyat malaysia mematuhi segala arahan kerajaan. Arahan yang dikeluarkan menurut penulis tidaklah bercanggah dengan syariat Islam. Bahkan arahan yang dikeluarkan memberi manfaat kepada umat islam itu sendiri. Pada Waktu yang sama, Non Muslim turut menerima manfaat dibawah pimpinan Islam. Tidak ada sejarah yang membuktikan Agama lain memberi perlindnugan kepada Islam. Yang jelas, Agama Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam.


No comments:

Post a Comment